Enter your text here

gallery/578534_542763929126805_1346752057_n

Sebagai sokongan kepada perkembangan anak-anak muda dalam mendalami bidang tahfiz Al-Quran, sebahagian hasil jualan akan disalurkan kepada pertubuhan tersebut.

 

Pengurusan Syarikat juga telah sepakat pada masa akan datang  untuk menubuhkan Madrasah Tahfiz  Al Quran sendiri melalui dana yang dikumpul dari sebahagian hasil keuntungan perniagaan.

 

Sebagai permulaan ke arah pembangunan ini, pengasas JUS MADU EPAL KRUSS iaitu En Nor Azman Bin Nawi telah menghantar anak lelaki keduanya ke Madrasah Tahfiz Sinaran Baru yang terletak di Johor Bahru. dan telah pun tamat pengajiannya pada Januari 2013 yang lalu. Usaha ini telah diteruskan dengan anak ketiganya yang telah memasuki madrasah tersebut pada hujung tahun 2010 dan Insyaallah akan tamat pada  tahun 2015.Syukur Allhamdulilah selepas beberapa tahun berusaha, dengan kehendakNya, Insyaa Allah sebuah madrasah bakal dibina sekitar daerah Kluang.

 

Selain dari itu, sebagai memastikan usaha menjamin kualiti dan harga yang kompetetif kepada pelanggan, kami juga Insyaa Allah dalam tahun ini (2013) sedang berusaha mendapatkan sebidang tanah untuk mengendalikan sendiri Ladang Lebah yang mana tapak tanah tersebut juga akan menempatkan Madrasah Tahfiz Al Quran dan Kilang Jus Madu Epal kami pada masa akan datang.

 

Langkah ini merupakan satu tanggungjawab fardu kifayah dalam meningkatkan kesedaran masyarakat yang kini semakin terhimpit dengan pelbagai masalah dan gejala sosial. Justru, sokongan dan doa daripada semua pihak adalah diharapkan bagi merealisasikan impian ini. 

 

Terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada kami selama ini, Kami juga doakan  sambil Tuan/Puan  menikmati kelazatan dan khasiat Jus Madu Epal, moga Allah kurniakan keberkatan  dan kesihatan kepada Tuan/puan seisi keluarga.

Iltizam

 

gallery/azmanfamily
gallery/images (21)